..Lagu itu ..

Wednesday, December 29, 2010






Futur

Kadangku merasa bimbang
Berada di dunia yang lapang ini
Sampai kapan aku berjuang
Di jalan dakwah panjang

Takutku akan semua
Semua yang takkan berlanjut lagi
Hanya karna memikirkan
Nafsu dunia yang fana

Rasa futurku menghalangiku
Menempuh semua perjalanan imanku
Akupun ingat semua teman-temanku
Yang masih coba membimbingku




ALLAH ALWAYS LOVE YOU !



 |DOWNLOAD LAGU DIATAS DISINI| 

Husnul Khatimah

" MATI ? Perlulah kita mengetahui bahawa amat2 lah sakit ketika saat2 kematian Kecuali orang yang beramal salih "



Tanda Tanda Mati Dalam Keadaan Baik

Alamat mati dalam Husnulghathimah (keadaan baik)

· Sempat mengucap dua kalimah syahadah.

· Berpeluh didahi. Sabda Rasulullah:"Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan kelaurnya peluh didahi", Riwayat oleh Ahamd dan

Termidzi.

· Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah "Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah

akan menjaganya dari fitnah kubur.

· Mati di medan perang kerana membela agama Allah.

· Mati kerana melhirkan anak.

· Mati kerana taun, Sabda Rasulullah, "taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin". (Hendakalh ia sabar dan redha menganggungnya).

Riwayat oleh Muslim.

· Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid, sabda Rasulullah,

· Dan barang siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid".

Riwayat oleh Muslim.

· Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan.

· Mati terbakar. Riwayat Tabrani.

· Mati dalam nifas. Riwayat At Tabrani.

· Mati kerana sakit TB. Sabda Rasulullullah, "orang yang mati kerana menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid. Riwayat Tabrani.

· Mati akibat luka perang du jalan Allah. Sabda Rasulullah"Barangsiapa yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka beerti ia syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati ditempat tidurnya (setelah berperang itu) dengan sebab apa - apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga". Riwayat Daud.

· Mati mempertahankan harta. Riwayat Bokhari.

· Mati kerana mempertahankan diri. Sabda Rasulullah "Barangsiapa terbunuh kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid.Riwayat Abu Daud.

· Mati dalam bersiap - siap untuk berperang dijalan Allah.

· Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu(ilmu yang dibolehkan oleh Islam) dimasjid atau sedang berdakwah.

· Berkata Abu Laith, "Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia melazimi 4 perkara

perkara:

1. Mejaga sembahyang 5 waktu.

2. Banyak bersedekah.

3. Banyak membaca Al Quran.

4. Banyak bertasbih.

CintaKU Ala Saintifik




Naftahul post bibismillah ..





Suatu Hari lepas 200 jam di dalam Makmal sains .... akibat taksub dengan sains ..
Dua pasangan berbincang pasal diorang nye Soal Haty ..


Dengan romantiknya ..
kisahnya bermula ...




Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!


Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan
masih lagi belum sahih.


Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas
cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.


Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random'
yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.


Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan
perolakan.


Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami
rintangan?


Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan
rintangan itu.


Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?


Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat
dengan menggunakan mikroskop cahaya.


Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak
balas dengannya.


Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan
hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.


Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali.
Masihkah kau tidak percaye?


Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.


Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan
kita harus mengalami pecutan yg seragam.


Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.


Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!


Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya
dengan 6x10'23.


Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi
tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.


Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami
plasmolis.


Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian........



Hah ! Cinta pada sesuatu yang lebih dari cintai allah ,

rasul dan orang beriman ... Kelak makan diri ..
Cintailah yang Maha mencintai..

Dinar Emas .... Penyelamat Ekonomi !

Wednesday, December 22, 2010



“Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years





Sejarah Pengenalan Dinar Emas dan Dirham Perak.
Kesohoran dinar sebagai satu matawang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu matawang utama dalam kronologi ketamadunan Islam. Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai matawang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai matawang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan “Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years“ adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut. Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku…jawapannya ialah matawang konvensional yang tersedia ada tidak berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Apa yang berlaku pada hari ini ialah dunia menggunakan wang kertas yang rezabnya hanyalah dalam bentuk nisbah peratusan emas yang diperuntukkan dan bukannya instrumen itu sendiri yang memiliki nilai emas secara keseluruhannya. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam. Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal daripada negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai matawang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara. Penggunaan kedua-dua matawang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad S.A.W dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga. Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula menyusup dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18 H atau 20 H, Saidina Omar r.a telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra. Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram. Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan matawang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76 H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku di antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam. Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai matawang utama. Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” disamping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu. Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik. Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub. Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai matawang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.



Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 9166 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat. Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga hartanah, gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan fitrah serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat. Ini memandangkan dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding matawang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak matawang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.



" Hurm , sememangnya Allah menjadikan ISLAM itu agama yang Syumul ... Mahupun dari segi ekonomi .. Oleh itu , Sistem yang Allah buat adalah yang terbaek ! siot2.. System Of Perfection & Totally flexible to human MANKIND !


...TrackKehidupaN...

Monday, December 20, 2010



....Permulaan&Pengakhiran...
Suatu kehidupaN
Makhluk
Allah

M
A
N
U
S
I
A

...Filem The Godfather ...


...3rd brother , Sonny or Santino...


...Tom Hagen & Michael ...



...Don Vito Corleone...



"A man who doesn't spend time with his family can never be a real man."
...Vito Corleone...





SINOPSIS

Cerita
bermula sebagai "Don" Vito Corleone, Ketua bagi semua "keluarga" Mafia di New York, mengawasi perkahwinan puterinya. Anak kesayangannya Michael baru balik dari perang, tetapi tidak bermaksud untuk menjadi sebahagian daripada perniagaan ayahnya.
Don Corleone amat sayangkan keluarganya dari nyawanya . Pujukan abang2 kepada michael untuk menyertai 'Buisnees' keluarga itu membuat dia serba salah....




Filem nie .. memang perghhh... gempak .. marveloues .. aksinya tak keterlaluan dan natural lah kalau tengowk ..
tapi bagi kaum2 remaja matang saja tau .. bukannya apa ... ada juga hal yang tak perlu ditonton oleh kanak2 ..

Hurm , sememangnya filem ini menggambarkan zaman awal 'MAFIA' yang sebelum ni .. di tubuhkan untuk menjaga hak orang awam .. sehinggalah salah satu family Mafia di New York , Tataglia .. mencemari prasyarat MAFIA dengan mencari duit dengan menjual DADAH .. Oleh itu family , Don Corleone suspek si Tataglia nie .... untuk merampas kuasa ..

Ukhuwah sama2 keluarga Don Corleone amat rapat .. sehinggakan Santino iaitu anak ketiga Don Corleone abang kepada Michael sanggup membelasah suami adik perempuannya , Connie ... kerana mendera tanpa sebab ...


.....tu lahh .. ak rasa antara kawan dan family .. family lagi perlu kita rapat .. kerana kawan , boleh datang dan pergi .. sekian wasalam ....






Disebalik Duit Dollar ..

Sunday, December 19, 2010

Sahabat

Saturday, December 18, 2010

Naftahul Post Bil Bismillah..

Friend...
(A)ccepts you as you are
(B)elieves in "you"
(C)alls you just to say "HI"
(D)oesn't give up on you
(E)nvisions the whole of you
(F)orgives your mistakes
(G)ives unconditionally
(H)elps you
(I)nvites you over
(J)ust "be" with you
(K)eeps you close at heart
(L)oves you for who you are
(M)akes a difference in your life
(N)ever Judges
(O)ffers support
(P)icks you up
(Q)uiets your fears
(R)aises your spirits
(S)ays nice things about you
(T)ells you the truth when you need hear it
(U)nderstands you
(V)alues you
(W)alks beside you
(X)- plain things you don't understand
(Y)ells when you won't listen and....
(Z)aps you back to reality...


Naftahul Post Bil Bismillah..

Assalamualaikum wrt wbh

Segala puja puji milik Allah, selawat dan salam keatas junjungan
besar kita Rasulullah SAW, para ahlinya, para sahabat dan
pengikutnya yg setia hingga ke akhir zaman


Francis Bacon dalam bukunya New Atlantis meyakinkan bahawa ilmu
pengetahuan tidak dapat dielakkan lagi harus menggantikan agama dan
bahawa ilmu pengetahuan ilmiah telah memberikan manusia keupayaan
penuh atas kekuatan-kekuatan alam yang kelak akan mewujudkan syurga
dunia dengan kenyamanan, kemakmuran serta kebahagiaan. Ia
menjanjikan pada kita bahawa ilmu pengetahuan akan dapat
menghindarkan kematian, usia lanjut, penyakit, perang sehingga semua
manusia akan hidup dalam kebahgiaan.

Berabad teori modernisme dilagukan, dicanang, diserapkan di seluruh
pelosok dunia dan di dalam setiap keluarga. Ramai juga yang
terpesona olehnya.

Kenapa mesti kembali kepada Islam sebagai cara hidup…..kerana
peradaban materialistic hanya memberikan satu petunjuk kearah lebih
banyak peperangan, kezaliman, kegawatan ekonomi, penindasan dan
ketidakadilan.

Meskipun ilmu pengetahuan, teknologi dan ekonomi mengalami kemajuan
pesat namun ideology peradaban barat tidak pernah
berubah….kemahuannya supaya keyakinan umat Islam terhadap Islam
yang
syumul terus berubah dan berubah tidak akan berubah-ubah.

Man Ana ?

Thursday, December 16, 2010

Peace Upon To ya ! ,

Mohd Norakmaal Hakimi Bin Noordin

Sweet 17 teen

Gila²GRPHX

Newbies In blogging wanna involve with proud of I.S.L.A.M


Da First Zikrullah from Me to We :


Anyone who has a sane mind would be looking beyond the fact of life that is felt and witnessed. The perfect human soul will not stop asking about the secret of life. He has menfitrahkan human nature that gives the feeling inside her soul to know. What's more, if something is directly related to the human self itself.

In the human struggle for truth, people often neglect and mistaken path to choose to lead and guide him to the truth. God does not let people drowned and sank in the journey for truth On the Other Hand , Allah sent Messengers to guide mankind to based on the revelation to the truth .. In fact, the Prophet was sent with manual or book that can save mankind from the shackles of error. Muhammad is the last messenger and the Koran is the final revelation. Word of God: (Meaning): The revelation of God, Most Gracious, Most Merciful. Scripture verses are explained, ie, reading in Arabic, for people who know. Good tidings and a warning take, but most of them turn, did not listen.

(Surah al-Fussilat: 2-4)

KICK START IN ENGLISH ....


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Dibawa terbaek dari ladang melalui ABCDEFGH | ISLAM | JKLMNOPQRSTUVWXYZ